Keperitan sebuah Kehidupan

Dicaci dan di hina itu adalah lumrah kehidupan di dunia ini. Sesungguhnya tiada satu pun di dunia ini yang semulia Nabi atau Rasul. Paling menyakitkan adalah ketika "mereka-mereka" ketawa bersama tetapi menikam dari belakang dengan pisau tajam. 

'Aku sudah berazam, selepas ini walauapapun yang aku dengar cukup hanya aku yang tahu. Tidak akan aku sampaikan kepada orang lain cerita itu', ujarnya

Wanita itu tersenyum dan tertawa di dalam hati. Ada rupanya manusia seperti ini. Jujur,wanita itu tidak kisah jika dia bukan siapa-siapa tetapi yang lebih menyakitkan dia adalah seorang yang paling dekat dengan dirinya. Sedih dan kecewa tetapi mengapa wanita itu  perlu kisah? Adakah "mereka-mereka" masih tidak pernah menyesali perbuatan 'mereka-mereka" selama ini? 

'Kau tahu, dia sekarang keluar rumah pun berbungkus sebab dia mimpi arwah dengan muka yang menyeramkan', tambahnya lagi. 

Astagafirullah Al-Azim. Bukankah seharusnya "mereka-mereka" bergembira bila wanita itu berubah kearah kebaikan? Bukankah "mereka-mereka" seharusnya menyokong bukan melemahkan dan membiarkan niat wanit itu tergendala. Jalan menuju kebaikan itu memang penuh dengan duri bahkan penuh dengan cabaran. Mungkin juga kita terhenti di tengah jalan atau mungkin juga kita akan tersesat. Namun, ikutlah cahaya yang diberi nescaya kita akan sampai ke penghujungnya. Usah di toleh apa yang ada di belakang sana kerana tidak akan sesekali kamu kembali kesitu lagi setelah kamu menempuh segala onak duri untuk berdiri di sisi kebenaran. 

Wanita itu sudah tidak berdaya melihat sandiwara 'mereka-mereka". Namun siapa dia untuk bersuara? Bagi wanita itu, berdiam adalah satu jalan yang terbaik kerana belum tentu melawan boleh menang. Ini adalah jalan yang wanita itu pilih dan ini juga adalah cabaran yang harus di hadapi biar perih namun tetap tegar. 


Nurkilan 
Rieyrie Rieyana

Comments

Popular Posts