Cemburu

Cemburu atau orang putih kata Jealousy adalah sesuatu penyakit yang sangat merbahaya. Kenapa ia merbahaya?? Kerana ia melibatkan hati kita. Perasaan itu akan sentiasa melekat di hati selagi kita tidak mendapat penjelasan. Bagaimanapun, cemburu boleh di atasi jika seseorang itu sentiasa berfikiran positif dan banyak bersabar. Namun hakikatnya, kita terlalu ikutkan hati dan perasaan sehingga akhirnya perasaan cemburu menguasai diri kita. Dari situlah Syaitan akan memainkan peranan untuk meracuni buah fikiran kita. Banyak perkara telah terjadi akibat perasaan cemburu seperti yang kita lihat di dada akhbar atau di laman sosial. Macam pepatah orang putih kata 'NOTHING IS IMPOSSIBLE'. So, perkara yang mustahil pun boleh terjadi. Siapa yang tak pernah rasa cemburu kan? Mestilah pernah lebih-lebih lagi bila kita melihat orang kita sayang bermesra dengan orang lain. Walaupun kita cuba untuk bersikap lebih terbuka tetapi kita tetap tak akan dapat melupakan apa yang mata kita telah saksikan. Kata orang cemburu tu tandanya sayang tapi kena berpadah-padah jugalah sebab nanti kerana cemburu kita kehilangan semuanya.




Comments

Popular Posts