Perjalanan Dunia

Dunia ini ibarat pentas lakonan tetapi lakonan kita bukan atas arahan seorang direktor dan lakonan ini tidak mempunyai skrip. Drama-drama yang di tayangkan di kaca televisyen. Kadang-kadang aku tertawa sendiri, bagaimana mereka boleh membuat satu jalan cerita yang aku rasa tiada kena mengena dengan realiti kehidupan. Namun, semakin hari, usia semakin meningkat dewasa dan aku mula mengerti maksud drama di kaca televisyen itu. Tidak pernah ku sangka apa yang di tayangkan di kaca televisyen adalah berdasarkan apa yang terjadi di realiti. Hidup ini cuma sementara tetapi sayangnya perkataan "SEMENTARA"  itu tidak cukup untuk membuat kita sedar tentang apa yang bakal kita hadapan di akhirat nanti. 

Tidak usah berbicara tentang mereka
Kerana kita sendiri sedang berdusta
Tidak usah di tanya mengapa terjadi begitu
Kerana kita sendiri sedang menuju ke arah itu

Tidak perlu tertawa gembira
Kelak kita bersedih jua
Tidak perlu bangga dengan kerjaya
Kerana ianya hanya pinjaman sementara

Dunia hanya pinjaman tapi sayang kita masih tergoda dan terpedaya dengan duniawi. Hidup takkan kekal abadi. Harta takkan di bawa mati yang tinggal hanya jasa yang di kenangi. 


Comments

Popular Posts