Rasa yang tak terungkap


Wanita itu hanya mendiamkan diri. Tidak tahu apa yang hendak diperkatakan. Apa yang harus wanita itu lakukan? Dia tidak mampu untuk berdiri sendiri. Kenapa terlalu ramai manusia yang memakai topeng didalam hidupnya. Wanita itu terkesima. Kenapa dia harus di heret sama dalam masalah yang "mereka-mereka" hadapi? Sangat menyeksakan hidup dibawah kongkongan "mereka-mereka" . Kenapa harus timbul permusuhan sedangkan talian darah menyatukan.

Perasaan wanita itu menjadi berbelah bagi. Kenapa harus ada pilihan sedangkan dia boleh memliki kedua-duanya. Hati wanita itu ingin memberontak tapi dia tak punyai kekuatan. Kenapa dia harus berada di situasi yang sukar? Kenapa? Kenapa? Bagi wanita itu cukup "mereka-mereka" yang bersengketa kerana mungkin "mereka-mereka" sudah tak perlukan pertolongan dari talian darah mereka sendiri. Amat sukar untuk wanita itu meluahkan apa yang tersirat didalam hatinya. Adakah berdiam diri merupakan jalan yang terbaik? Mungkin, ya itu yang terbaik.

Rasa, rasa itu langsung tidak dapat diungkapkan. Di telan mati mak, diluah mati bapa. Memilih disini bererti akan melukai yang disana, manakala memilih yang disini, di sana akan terseksa. Wanita itu buntu. Dia tidak tahu apa yang "mereka-mereka" inginkan. Walau bagaimanapun, dia harus tetap memilih. Apa jua keputusannya di harap dapat membahagiakan "mereka-mereka" manakala dia berharap pihak di sana akan mengerti akan kesulitan yang di alaminya.

Andai "mereka-mereka" lebih bersikap terbuka. Andai "mereka-mereka lebih bertimbang rasa pasti semua ini tidak akan terjadi. Pasti tiada pihak yang akan terlukai. Andai "mereka-mereka" ringan mulut untuk meminta maaf dan mengakui kesilapan yang mereka berikan pastinya bahagia itu milik mereka semua. Bagi wanita itu, kerana hati sudah terlalu dikotori oleh perasaan dendam dan sakit hati. Kerana lebih mengikut perasaan berbanding kata hati. Kerana tiada petunjuk dari-Nya. Mereka semua leka dengan permainan dunia. Diri mereka dimanipulasi agar mengikut rentak dunia yang hanya sementara.

Pada "mereka-mereka" yang mengerti, wanita itu ucapkan terima kasih. "Mereka-mereka" yang selalu ada disisi menemani dan sudi menjadi pendengar sejati. Inilah luahan hati dari wanita itu. Rasa yang tak terungkap dari bibir tapi cukup untuk difahami dari hati nurani.

Nurkilan,
Wanita itu.

Comments

Popular Posts